Beleda atau juga dikenali sebagai agar-agar kering merupakan sejenis kuih tradisional lama, manis dan enak rasanya. Tanpa bahan pengawet beleda merupakan sejenis kuih yang tahan lama sesuai untuk semua jenis majlis dan suasana.
Beleda dibuat daripada agar-agar manis yang dikeringkan. Beleda biasanya dibuat dalam pelbagai warna yang menarik dan dijemur separa kering menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar masak seperti biasa. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-agar telah menjadi keras, agar-agar tersebut akan dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur apabila agar-agar tersebut kehilangan air dan berubah menjadi beleda.
0 comments:
Post a Comment